BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

Hargai Masa Sebaiknya......

Masa adalah perkara yang paling penting dan berharga dalam hidup. Bukan sahaja kerana masa hanya ada 24 jam sahaja sehari, malah masa juga tidak boleh dijual beli dan berpatah balik. Sekali masa berlalu, ianya akan terus berlalu. Namun masih ada yang tidak sedar akan hakikat ini dan sengaja membiarkan masa dihabiskan dengan sia-sia. Percayalah andai kamu bijak manfaatkan masa sebaik-baiknya, impian untuk mencapai sebuah kehidupan yang lebih baik dan sukses pasti mampu menjadi kenyataan. Oleh itu, pastikan kamu tidak tergolong dari orang yang suka membuang masa. Hargailah masa... sesungguhnya masa amat berharga.....

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Diam tak diam selepas 365 hari kita akan memasuki tahun baru…. Emmmm….. tahun baru datang lagiii….dah 2010… umur pun makin meningkat… tahun lepas tanam berpuluh-puluh azam tapi nak capai satu pun susah. Emmm…. Mengapa jadi camni?? Walau bagaimanapun, untuk tahun ni jangan putus asa untuk terus menanam azam baru. Bukan kesalahan membawa azam tahun lepas yang tak kesampaian ke tahun ni… pedulikan apa orang kata..mungkin tahun lepas kita tak cukup kuat untuk berusaha mencapai apa yang kita tanamkan. Mana lah tau… tahun ni kita cukup kekuatan untuk mencapai apa yang kita impikan… harap-harap semua azam kita akan tercapai… berusahalah…kan usaha tu tangga kejayaan…. Lupakan yang pahit dan kenangilah segala yang indah….. SELAMAT DATANG 2010…

Wednesday, December 16, 2009

25 Tip Kenali Dirimu....

Setiap orang pasti menginginkan hidup yang sempurna dan bahagia. Namun bukan semua orang ertuah dapat memilikinya kerana kebahagiaan tidak datang bergolek. Perlu ada usaha, pengorbanan dan kesungguhan. Berikut adalah 25 tip penting untuk anda praktikkan pada diri anda. SELAMAT MENCUBA…. Semoga hidup anda akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya…

SELF-AWARENESS (Mengenali Diri Sendiri)
1. Kenali Emosi Dalam Diri Sendiri
2. Kenali Kekuatan dan Batasan Diri
3. Kenali Perkara yang Kamu sukai dan Sebaliknya
4. Kembangkan Kemampuan Diri Sendiri
5. Percaya Kata Hati

SELF-MANAGEMENT (Mengurus Diri)
6. Kendali Emosi
7. Jaga Norma-Norma Kejujuran
8. Tanggungjawab Pada Diri
9. Terima Perubahan
10. Bersikap Terbuka

MOTIVATION (Sokongan Dalam Diri)
11. Beri Dorongan Pada Diri
12. Sesuai Mengikut Persekitaran
13. Ingatlah, Kesempatan Hanya Sekali
14. Gigih Hadapi Cabaran
15. Pupuklah Kemampuan untuk Bangkit