BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

Hargai Masa Sebaiknya......

Masa adalah perkara yang paling penting dan berharga dalam hidup. Bukan sahaja kerana masa hanya ada 24 jam sahaja sehari, malah masa juga tidak boleh dijual beli dan berpatah balik. Sekali masa berlalu, ianya akan terus berlalu. Namun masih ada yang tidak sedar akan hakikat ini dan sengaja membiarkan masa dihabiskan dengan sia-sia. Percayalah andai kamu bijak manfaatkan masa sebaik-baiknya, impian untuk mencapai sebuah kehidupan yang lebih baik dan sukses pasti mampu menjadi kenyataan. Oleh itu, pastikan kamu tidak tergolong dari orang yang suka membuang masa. Hargailah masa... sesungguhnya masa amat berharga.....

0 comments: